Wednesday 1 September 2021

 8 September 2020

Kunjungan YB Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad, Timbalan Menteri I ke IKM Kota Kinabalu, Sepanggar pada 7 September 2020 (Isnin). YB Dato' Sri berkesempatan beramah mesra bersama Juvert Sooi, Pemenang Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) 2019 dalam bidang ‘Car Painting’ serta warga kerja dan para pelajar IKM Kota Kinabalu.

#TVETMARA #MARA #ikmkk #JomMasukKKTMMJIIIKM #BuildingTalent #GeneratingFuture #CarPainting #Onsoi



 6 September 2020

Simpan buat kenangan......


30 Ogos 2020 - Beaufort, Sabah

Kita simpan buat kenangan selagi masih di Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu......bersama YB. Dato' Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd Dun, Pengerusi MARA.

Sempena Karnival Jana Niaga 2020 di Dewan Pa'Musa, Beaufort pada 30 Ogos 2020.

#TVETMARA #ikmkk #JanaNiaga2020 #diplomateknousahawan #JomMasukKKTMMJIIIKM #BuildingTalent #GeneratingFuture



 29-30 Ogos 2020 - Beaufort, Sabah

Kita simpan buat kenangan.....usahawan baikpulih dan cat badan kenderaan IKM KK bersama YBhg. Dato' Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) ketika singgah ke booth Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu sempena Karnival Jana Niaga di perkarangan Dewan Pa'Musa yang dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada 29-30 Ogos 2020.

#TVETMARA #MARA #ikmkk #diplomateknousahawan #JanaNiaga #JomMasukKKTMMJIIIKM






Sunday 29 August 2021

KOHORT PERTAMA

 18.12.2019

Temuduga bakal-bakal Usahawan muda bagi Program Diploma Teknousahawan Baikpulih dan Cat Badan Kenderaan. Pengambilan pertama, semoga selamat maju jaya...kipidap...dongibab...usaha tangga kejayaan...

#TVETMARA
#ikmkk
#diplomateknousahawan
#BuildingTalent
#GeneratingFuture