Tuesday 8 September 2015

Muhasabah Diri

Allah tahu awak penat.
Allah tahu awak susah.
Allah tahu awak lelah.
Allah tahu, Allah dengar.
Tapi kenapa Allah masih tidak bagi apa yang awak mahu?
Sebab Allah nak tengok tahap sabar dan ikhlas awak.
Sebab Allah suka tengok awak usaha.
Tak nak tengok putus asa.
Nanti Dia akan beri satu demi satu.
Yakinlah 

Jaza Kallah Khayran (^_^)

Lelaki Kacak

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan ALLAH swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi,bukan malaikat dan sebagainya".
Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.
Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat;Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya  berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"
Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:
"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat.""Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa
dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat -malaikat dari syurga"
Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan ALLAH. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.
Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia. ALLAH telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji ALLAH itu adalah benar. Wallahua'lam, Tolong sampaikan kepada saudara2 kita yang tiada dalam list.

Jaza Kallah Khayran (^_^)

1 MINIT

Apa yang bole dilakukan dalam masa 1 minit

Adalah satu rahmat yang besar dan 1 peluang yang besar dalam setiap minit minit kehidupan kita.Dan setiap minit amatlah berharga bagi setiap muslim / muslimat.

1. Dalam 1 minit anda bole membaca 7 kali surah Al-fatihah
Dikisahkan, suatu ketika Rasulullah Saw melihat sebuah lembaran yang terbuat dari mutiara yang sangat langka, yang berada di bawah Singgasana Allah Swt. Beliau juga melihat lembaran lain yang terbuat dari zamrud. Di atas lembaran yang pertama terdapat Surah Al Fatihah, yang berisi 7 ayat.
Sedangkan di atas lembaran yang kedua, Rasulullah Saw melihat seluruh isi Al Quran.Beliau lalu bertanya kepada Malaikat Jibril As, “Wahai Jibril, apa ganjaran bagi orang yang membaca Surah Pembuka itu?”. Jibril As menjawab, “Tujuh pintu neraka akan ditutup baginya dan tujuh pintu surga akan dibuka baginya”.
Bayangkan dengan 7 Kali Bacaan.

2. Dalam 1 minit anda bole membaca 20 kali surah Al-Ikhlas
Rasulullah Saw bertanya lagi, “Apa ganjaran bagi mereka yang membaca Surah Al Ikhlas?”. Jibril As menjawab “Para malaikat akan memberinya minuman dari 4 sungai yang amat nikmat, yang disebut dalam Al Quran: sungai air kristal murni, sungai susu, sungai anggur dan sungai madu”.


3. Boleh menyebut Kalimah “Laa ilaaha ill-Allah” (Tiada Tuhan melainkan Allah) 
   sebanyak 50 kali

4. Boleh memohon keampunan dari Allah S.W.T dgn menyebut Astaghfirulah Al-Adzim 100  Kali

5. Boleh menyebut Kalimah “Alhamdulillah ” (Bersyukur kepada Allah) sebanyak 60 kali.


6. Boleh menyebut Subhan Allah, Wa’l-hamdu Lillah, Wa ha ilah ill-Allah, Wa Allahu sebanyal 18 kali

Cuba bayangkan dengan hanya satu minit apa yang dapat kita lakukan. Mungkin semasa memandu, mungkin sebelum tidur, atau semasa duduk menunggu rakan yang belum sampai.
Sesungguh Allah sentiasa memberi petunjuk dan Hidayah Nya walaupun dalam 1 minit kita mengingati Nya,


Jaza Kallah Khayran (^_^)