Wednesday 24 April 2013

Selamat Datai ke Sarawak

Assalamualaikum....

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi dah dekat 2 bulan atok sekeluarga berpindah ke bumi kenyalang ini. Berpindah dari Jasin, Melaka ke Kuching, Sarawak adalah sesuatu yang tidak pernah diimpikan. Tapi nak buat macam mana, kita berhijrah dari tempat yang baik ke tempat yang lebih baik. Banyak hikmahnya tak gitu. 

Buat masa sekarang semuanya dalam keadaan baik. Cuma bahasa di sini agak berbeza sedikit. Susah juga nak paham, kena dengar betul-betul takpun kita ckp melayu biasa dgn diorang baru dibalas dengan bahasa melayu. Tapi kat sini walaupun diorang ckp bahasa melayu still kena dengar baik2, sebab tak beberapa jelas ucapannya. Kena banyak belajar ni...

Cuaca di sini susah sikit nak ramal. Kadang2 tu panas terik sampai tghari...petang terus hujan. Kalu langit cerah belum tentu sampai ke mlm. Sini buleh hujan tanpa isyarat pun. Masa kat sini rasa cepat sgt berlalu. Rasa hari ini isnin tp dah sampai jumaat la pulak. Mungkin pertukaran antara siang dgn malam cepat skit dr semenanjung, tu yang rasa hari berlalu dgn pantas. 

 
 Kucing dok tergolek di bandar Kuching

Setakat ni  belum sempat ke mana2 lagi. Paling jauh pun pegi Serikin iaitu perkampungan diantara sempadan Sarawak dengan Kalimantan Indonesia. Setakat lepak kat waterfront tu dan selalu sgt. Sebab rasa boring plak bila berjauhan dengan keluarga. 

Walaubagaimanapun hidup tetap kene teruskan tak kira di mana kita berada.... walaupun rasa rindu yang amat sgt kat kampung. Amanah tetap kene pikul. Dulu ajar budak melayu sahaja. Kini ajar pulak melayu sarawak, iban, bidayah dan lain2 lg.

Mudah-mudahan kehidupan ini diberkati. Insya Allah.

3 comments:

  1. belum pernah ke sarawak lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ler plan ke sini...jln2 tgk tempat orang

      Delete
  2. Salam, tuan ngajar di Swak ke? Boleh kongsikan barang2 keperluan yg patut bawa bg first timer ke Swak ni

    ReplyDelete