Wednesday 1 September 2021

 8 September 2020

Kunjungan YB Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad, Timbalan Menteri I ke IKM Kota Kinabalu, Sepanggar pada 7 September 2020 (Isnin). YB Dato' Sri berkesempatan beramah mesra bersama Juvert Sooi, Pemenang Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) 2019 dalam bidang ‘Car Painting’ serta warga kerja dan para pelajar IKM Kota Kinabalu.

#TVETMARA #MARA #ikmkk #JomMasukKKTMMJIIIKM #BuildingTalent #GeneratingFuture #CarPainting #Onsoi



 6 September 2020

Simpan buat kenangan......


30 Ogos 2020 - Beaufort, Sabah

Kita simpan buat kenangan selagi masih di Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu......bersama YB. Dato' Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd Dun, Pengerusi MARA.

Sempena Karnival Jana Niaga 2020 di Dewan Pa'Musa, Beaufort pada 30 Ogos 2020.

#TVETMARA #ikmkk #JanaNiaga2020 #diplomateknousahawan #JomMasukKKTMMJIIIKM #BuildingTalent #GeneratingFuture



 29-30 Ogos 2020 - Beaufort, Sabah

Kita simpan buat kenangan.....usahawan baikpulih dan cat badan kenderaan IKM KK bersama YBhg. Dato' Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) ketika singgah ke booth Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu sempena Karnival Jana Niaga di perkarangan Dewan Pa'Musa yang dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada 29-30 Ogos 2020.

#TVETMARA #MARA #ikmkk #diplomateknousahawan #JanaNiaga #JomMasukKKTMMJIIIKM






Sunday 29 August 2021

KOHORT PERTAMA

 18.12.2019

Temuduga bakal-bakal Usahawan muda bagi Program Diploma Teknousahawan Baikpulih dan Cat Badan Kenderaan. Pengambilan pertama, semoga selamat maju jaya...kipidap...dongibab...usaha tangga kejayaan...

#TVETMARA
#ikmkk
#diplomateknousahawan
#BuildingTalent
#GeneratingFuture









25 Januari 2020 

Selesai tugasan di Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur bersama panel dan pegawai JPK bagi mendapat pentauliahan Diploma Kemahiran Malaysia. Diploma Teknousahawan Baikpulih dan Cat Badan Kenderaan + Diploma Kemahiran....MAntap

#tvetmara
#ikmkk
#diplomateknousahawan
#BuildingTalent
#GeneratingFuture






Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu, Sabah sedang bersama Khairil Annuar Sobri Pengarah IKM Kota Kinabalu, Sabah

Kunjungan Hormat Pengarah MARA Negeri Sabah, Pengurusan Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu dan Pemenang Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2019 ke Pejabat Ketua Menteri Sabah.

TANGAN EMAS PERINGKAT KEBANGSAAN

 

Majlis Anugerah Tangan Emas
Perdana Menteri 2019
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
19 November 2019
TAHNIAH Juvert Sooi telah memenangi Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2019 serta Jurulatih, En Mohd Fairuz bin Hamdzah

Semoga kejayaan pelajar-pelajar tvetmara yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2019 serta Pemenang Pingat Emas di Pertandingan WSMB 2019 menjadi inspirasi kepada belia-belia di luar sana terutamanya yang berada di luar bandar untuk menerokai bidang tvet.
Kejayaan ini membuktikan bahawa anda juga mampu untuk berjaya didalam bidang kemahiran.

TERIMA KASIH ATAS PENGHARGAAN

 

- MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) KPLB TAHUN 2018 (ZON SABAH) -
Tahniah dan terima kasih atas komitmen yang tinggi telah ditunjukkan pada tahun 2018. Seramai enam (6) warga kerja Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu, Sabah telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang terdiri Md Hafizi bin Mohamad, Mohd Hizzol bin Mohd Yusof, Abdul Rahim bin Abu, Wilma binti Ujin, Mohd Ariffen bin Amirul dan Mohamad Ikram Afiq bin Azman.
Majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di The Magellan Sutera Resort pada 5 April 2019 bersamaan 29 Rejab 1440H.


Belajar dari kesilapan. Setiap manusia ada buat kesilapan masing-masing.

Setiap kesilapan akan berahkir dan akan datang kepuasan.

Cuma cara nak betulkan kesilapan tu, biarlah betul caranya.

Janganlah layan orang yang buat silap tu seolah-olah tidak pernah melakukan kejayaan yang menutup semua yang telah dilaksanakan selama ini.


 



Diploma Teknousahawan Baikpulih dan Cat Badan Kenderaan (UTB)

Program Diploma Teknousahawan Baikpulih dan Cat Badan Kenderaan menawarkan pengajian secara fleksibel / modular selama 2 tahun (maksimum) khas kepada pelajar lepasan bidang Baikpulih Badan Kenderaan yang berminat untuk menjadi usahawan berjaya dalam bidang berkaitan mengecat kenderaan. Usahawan muda ini akan dilatih berdasarkan konsep keusahawanan iaitu Technoprenuerhip Based Education (TBE) di mana elemen pengurusan perniagaan seperti pemasaran, kewangan dan pengurusan serta minda keusahawanan akan diterapkan dan diaplikasikan dengan dunia usahawan sebenar agar dapat menguruskan perniagaan dengan baik dan berdaya saing apabila menamatkan pengajian.

Sebagai syarat bergraduasi, pelajar-pelajar dalam program ini wajib melepasi jumlah jualan yang telah ditetapkan dalam tempoh 2 tahun. Bakal usahawan akan diberikan kemahiran untuk menjadi usahawan sebenar bermula dengan penjenamaan syarikat, profile syarikat, rancangan perniagaan sehinggalah ke penubuhan bengkel bagi yang memenuhi syarat dan kelayakan. Selaras dengan matlamat pengajian yang berteraskan Profit Based Outcome (PB0), setiap pelajar harus memiliki syarikat sendiri yang telah berdaftar dan menetapkan serta menguruskan hasil jualan dengan dibimbing oleh para pensyarah.

Pada masa yang sama budaya korporat juga diberi penekanan agar usahawan muda ini boleh menempatkan diri dan berinterkasi dengan baik bersama masyarakat setempat.
Program ini dijangka akan melahirkan Usahawan Bumiputera yang berdaya saing, berani serta berpendapatan tinggi. Mampu menguruskan syarikat dengan baik dan dapat mengendalikan kewangan perniagaan dengan kemas dan teratur yang akhirnya boleh membuka lebih banyak ruang dan peluang pekerjaan seterusnya menjana sosio ekonomi masyarakat dalam negara ini.

Wow!!!.....jadi usahawan...jadi pengurus....jadi bos syarikat sendiri......jadi job creater....sendiri buat sendiri dapat.....baru boleh nyanyi lagu Kalau Aku Kaya.......

ANDA BUAT ANDA DAPAT.

#TVETMARA
#ikmkk
#diplomateknousahawan
#BuildingTalent
#GeneratingFuture




Tugasan Baru

    15-17 Januari 2018....Diberi kepercayaan untuk memberi buah fikiran dalam bengkel pembangunan bagi program baru Diploma Teknousahawan BaikPulih Badan Kenderaan bersama tenaga pakar dari IKM Alor Setar.....terima kasih kerana kesudian rakan-rakan IKM Alor Setar memberi tunjuk ajar kepada kami dalam merangka program teknousahawan....

#tvetmara
#ikmkk
#diplomateknousahawan
#BuildingTalent