Thursday 25 April 2013

10 Peringatan Bumi

Tazkirah Jumaat 

Untuk peringatan pada diri yang alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka. Berkata Anas Bin Malik r.a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara :

  1. Wahai anakAdam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya  kelak.
  2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku. 
  3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi engkau ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
  4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
  5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
  6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
  7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
  8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
  9. Engkau hidup bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang dibelakangku, tetapi ingatlah, Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
  10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku. 



      ~ Fikir-fikir dan renung-renungkanlah. Amin ~  

Wednesday 24 April 2013

Selamat Datai ke Sarawak

Assalamualaikum....

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi dah dekat 2 bulan atok sekeluarga berpindah ke bumi kenyalang ini. Berpindah dari Jasin, Melaka ke Kuching, Sarawak adalah sesuatu yang tidak pernah diimpikan. Tapi nak buat macam mana, kita berhijrah dari tempat yang baik ke tempat yang lebih baik. Banyak hikmahnya tak gitu. 

Buat masa sekarang semuanya dalam keadaan baik. Cuma bahasa di sini agak berbeza sedikit. Susah juga nak paham, kena dengar betul-betul takpun kita ckp melayu biasa dgn diorang baru dibalas dengan bahasa melayu. Tapi kat sini walaupun diorang ckp bahasa melayu still kena dengar baik2, sebab tak beberapa jelas ucapannya. Kena banyak belajar ni...

Cuaca di sini susah sikit nak ramal. Kadang2 tu panas terik sampai tghari...petang terus hujan. Kalu langit cerah belum tentu sampai ke mlm. Sini buleh hujan tanpa isyarat pun. Masa kat sini rasa cepat sgt berlalu. Rasa hari ini isnin tp dah sampai jumaat la pulak. Mungkin pertukaran antara siang dgn malam cepat skit dr semenanjung, tu yang rasa hari berlalu dgn pantas. 

 
 Kucing dok tergolek di bandar Kuching

Setakat ni  belum sempat ke mana2 lagi. Paling jauh pun pegi Serikin iaitu perkampungan diantara sempadan Sarawak dengan Kalimantan Indonesia. Setakat lepak kat waterfront tu dan selalu sgt. Sebab rasa boring plak bila berjauhan dengan keluarga. 

Walaubagaimanapun hidup tetap kene teruskan tak kira di mana kita berada.... walaupun rasa rindu yang amat sgt kat kampung. Amanah tetap kene pikul. Dulu ajar budak melayu sahaja. Kini ajar pulak melayu sarawak, iban, bidayah dan lain2 lg.

Mudah-mudahan kehidupan ini diberkati. Insya Allah.

Thursday 18 April 2013

Tazkirah Jumaat

 7 Kalimah Untuk Diamalkan 

Barang siapa hafal tujuh kalimah, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walaupun seluas laut.

1. Menyebut BISMILLAH pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Menyebut ALHAMDULILLAH pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Menyebut ASTAGHFIRULLAH jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4. Menyebut INSYA ALLAH Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Menyebut LA HAULA WALA KUWWATA ILLA BILLAH jika menghadapi sesuatu yang
    tidak disukai dan tidak diingini.

6. Menyebut INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Menyebut LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH sepanjang siang dan malam
    sehingga tidak terpisah dari lidahnya.

- Amalkan selalu supaya menjadi kebiasaan dan menjadi rutin harian -

Tuesday 9 April 2013

starter motor

Lighting

Power Window

Battery charging and testing

Bateri - Safety Handling Procedures

Bateri Kenderaan

Fuse

Multimeter

test instrument

litar elektrik

cOlOr CodinG

Wire Harness

Terminal

Relay