Monday 9 June 2014

YASIN

BACALAH SURAH YASIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: 


"Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu: 


1. Apabila orang lapar membaca surah Yasin, ia boleh   

     menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan 

    apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, 

    Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar 

      daripada penyakitnya. 11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu 
     mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. 
     Sesiapa membaca surah Yasin,nescaya Allah menuliskan 
     pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 
     kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang 
     yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, 
     turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat 
     Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan 
     Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan 
     turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa 

      orang yang suka membaca Yasin sehingga datang 
      Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman 
      untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat 
      perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan 
      rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya 
      diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa 

      bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, 
      dibaca pada rakaat pertama surah Yasin dan rakaat 
      kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di 
      hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima 
      suratan amalannya di tangan kanan dan diberi 
      kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya 
      tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah 
      orang-orang yang munafik. 
 

~ Fikir-fikir dan renung-renungkan ~

No comments:

Post a Comment