Sunday 29 August 2021

TERIMA KASIH ATAS PENGHARGAAN

 

- MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) KPLB TAHUN 2018 (ZON SABAH) -
Tahniah dan terima kasih atas komitmen yang tinggi telah ditunjukkan pada tahun 2018. Seramai enam (6) warga kerja Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu, Sabah telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang terdiri Md Hafizi bin Mohamad, Mohd Hizzol bin Mohd Yusof, Abdul Rahim bin Abu, Wilma binti Ujin, Mohd Ariffen bin Amirul dan Mohamad Ikram Afiq bin Azman.
Majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di The Magellan Sutera Resort pada 5 April 2019 bersamaan 29 Rejab 1440H.


No comments:

Post a Comment