Sunday 29 August 2021

 



Diploma Teknousahawan Baikpulih dan Cat Badan Kenderaan (UTB)

Program Diploma Teknousahawan Baikpulih dan Cat Badan Kenderaan menawarkan pengajian secara fleksibel / modular selama 2 tahun (maksimum) khas kepada pelajar lepasan bidang Baikpulih Badan Kenderaan yang berminat untuk menjadi usahawan berjaya dalam bidang berkaitan mengecat kenderaan. Usahawan muda ini akan dilatih berdasarkan konsep keusahawanan iaitu Technoprenuerhip Based Education (TBE) di mana elemen pengurusan perniagaan seperti pemasaran, kewangan dan pengurusan serta minda keusahawanan akan diterapkan dan diaplikasikan dengan dunia usahawan sebenar agar dapat menguruskan perniagaan dengan baik dan berdaya saing apabila menamatkan pengajian.

Sebagai syarat bergraduasi, pelajar-pelajar dalam program ini wajib melepasi jumlah jualan yang telah ditetapkan dalam tempoh 2 tahun. Bakal usahawan akan diberikan kemahiran untuk menjadi usahawan sebenar bermula dengan penjenamaan syarikat, profile syarikat, rancangan perniagaan sehinggalah ke penubuhan bengkel bagi yang memenuhi syarat dan kelayakan. Selaras dengan matlamat pengajian yang berteraskan Profit Based Outcome (PB0), setiap pelajar harus memiliki syarikat sendiri yang telah berdaftar dan menetapkan serta menguruskan hasil jualan dengan dibimbing oleh para pensyarah.

Pada masa yang sama budaya korporat juga diberi penekanan agar usahawan muda ini boleh menempatkan diri dan berinterkasi dengan baik bersama masyarakat setempat.
Program ini dijangka akan melahirkan Usahawan Bumiputera yang berdaya saing, berani serta berpendapatan tinggi. Mampu menguruskan syarikat dengan baik dan dapat mengendalikan kewangan perniagaan dengan kemas dan teratur yang akhirnya boleh membuka lebih banyak ruang dan peluang pekerjaan seterusnya menjana sosio ekonomi masyarakat dalam negara ini.

Wow!!!.....jadi usahawan...jadi pengurus....jadi bos syarikat sendiri......jadi job creater....sendiri buat sendiri dapat.....baru boleh nyanyi lagu Kalau Aku Kaya.......

ANDA BUAT ANDA DAPAT.

#TVETMARA
#ikmkk
#diplomateknousahawan
#BuildingTalent
#GeneratingFuture




No comments:

Post a Comment