Sunday, 29 August 2021

TERIMA KASIH ATAS PENGHARGAAN

 

- MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) KPLB TAHUN 2018 (ZON SABAH) -
Tahniah dan terima kasih atas komitmen yang tinggi telah ditunjukkan pada tahun 2018. Seramai enam (6) warga kerja Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu, Sabah telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang terdiri Md Hafizi bin Mohamad, Mohd Hizzol bin Mohd Yusof, Abdul Rahim bin Abu, Wilma binti Ujin, Mohd Ariffen bin Amirul dan Mohamad Ikram Afiq bin Azman.
Majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di The Magellan Sutera Resort pada 5 April 2019 bersamaan 29 Rejab 1440H.


Belajar dari kesilapan. Setiap manusia ada buat kesilapan masing-masing.

Setiap kesilapan akan berahkir dan akan datang kepuasan.

Cuma cara nak betulkan kesilapan tu, biarlah betul caranya.

Janganlah layan orang yang buat silap tu seolah-olah tidak pernah melakukan kejayaan yang menutup semua yang telah dilaksanakan selama ini.


 



Diploma Teknousahawan Baikpulih dan Cat Badan Kenderaan (UTB)

Program Diploma Teknousahawan Baikpulih dan Cat Badan Kenderaan menawarkan pengajian secara fleksibel / modular selama 2 tahun (maksimum) khas kepada pelajar lepasan bidang Baikpulih Badan Kenderaan yang berminat untuk menjadi usahawan berjaya dalam bidang berkaitan mengecat kenderaan. Usahawan muda ini akan dilatih berdasarkan konsep keusahawanan iaitu Technoprenuerhip Based Education (TBE) di mana elemen pengurusan perniagaan seperti pemasaran, kewangan dan pengurusan serta minda keusahawanan akan diterapkan dan diaplikasikan dengan dunia usahawan sebenar agar dapat menguruskan perniagaan dengan baik dan berdaya saing apabila menamatkan pengajian.

Sebagai syarat bergraduasi, pelajar-pelajar dalam program ini wajib melepasi jumlah jualan yang telah ditetapkan dalam tempoh 2 tahun. Bakal usahawan akan diberikan kemahiran untuk menjadi usahawan sebenar bermula dengan penjenamaan syarikat, profile syarikat, rancangan perniagaan sehinggalah ke penubuhan bengkel bagi yang memenuhi syarat dan kelayakan. Selaras dengan matlamat pengajian yang berteraskan Profit Based Outcome (PB0), setiap pelajar harus memiliki syarikat sendiri yang telah berdaftar dan menetapkan serta menguruskan hasil jualan dengan dibimbing oleh para pensyarah.

Pada masa yang sama budaya korporat juga diberi penekanan agar usahawan muda ini boleh menempatkan diri dan berinterkasi dengan baik bersama masyarakat setempat.
Program ini dijangka akan melahirkan Usahawan Bumiputera yang berdaya saing, berani serta berpendapatan tinggi. Mampu menguruskan syarikat dengan baik dan dapat mengendalikan kewangan perniagaan dengan kemas dan teratur yang akhirnya boleh membuka lebih banyak ruang dan peluang pekerjaan seterusnya menjana sosio ekonomi masyarakat dalam negara ini.

Wow!!!.....jadi usahawan...jadi pengurus....jadi bos syarikat sendiri......jadi job creater....sendiri buat sendiri dapat.....baru boleh nyanyi lagu Kalau Aku Kaya.......

ANDA BUAT ANDA DAPAT.

#TVETMARA
#ikmkk
#diplomateknousahawan
#BuildingTalent
#GeneratingFuture




Tugasan Baru

    15-17 Januari 2018....Diberi kepercayaan untuk memberi buah fikiran dalam bengkel pembangunan bagi program baru Diploma Teknousahawan BaikPulih Badan Kenderaan bersama tenaga pakar dari IKM Alor Setar.....terima kasih kerana kesudian rakan-rakan IKM Alor Setar memberi tunjuk ajar kepada kami dalam merangka program teknousahawan....

#tvetmara
#ikmkk
#diplomateknousahawan
#BuildingTalent